Jihad Fisabilillah..!!

Tuesday 29 November 2011

Maal Hijrah...titik bersejarah...1433H~

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari)

Salam maal hijrah semua!Alhamdulillah...bersyukurlah...kita masih dapat bernafas pada hari ini dengan 2 nikmat terbesar iaitu nikmmat IMAN & ISLAM...Hamdanlillah....pagi tadi, ana terima khabar kematian, orang kampung ana...makcik ni muda lagi...tapi dah djemput Allah...ajal tidak memandang umur...siapa tahu??innalillahiwainnailaihir0jiun...semoga roh makcik dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang2 soleh..amin...Al-Fatihah
tanya diri kita pula...bersediakah kita menghadapi sakaratul maut???
tepuk dada, tanya iman...

Hmmm,bersyukur juga kerana masih dapat mera'ikan 1433 Hijrah...berkat titis darah perjuangan baginda, Islam masih dapat kita kecapi hingga hari ini...Sollu 'ala nabi...Allahummasolli 'ala Muhammad...uhibbuka Ya Rasulullah!!!
berdoalah...mohon Allah bimbing kita berhijrah...Allah maha mengetahui hati hambaNya...=]
sama2lah kita berhijrah...mulakan azam baru...renungkan hadis yang ana share {kat atas}...
sape kate senang nak berhijrah??susah...perlukan istiqomah...bukan hangat-hangat tahi unta...heheh..=]
                    
Contohnya, dari pic atas tu....nak berhijrah jadi.........................macam pic bawah ni!!!susah ke senang??memang la susah....tapi kalau asyik kata susah bila nak jadi senang???kan???jom start the first step...y0u step. I step...and everyone will step with us...insyaAllah...=]
belum cuba belum tahu...sudah cuba, wangian  syurga kita bau...hehe

jom ren0vate hati & iman....!!!
sama2 kita berperang melawan nafsu...salam mujahadah dari ana...wallahu'alam...=]

Sunday 6 November 2011

SEKADAR BERCORET...

pejam...celik...pejam...celik...
On Da Way nk akhir tahun sudaa...
semalam Aidiladha...sekejap je masa berlalu, rasa macam baru je sambut Aidilfitri...hmmm...
owh...ana ana 'samtin' nk share...jeng3
masa malam raya baru ni, ana ade dgr sorang ustaz ni 'berleter' di masjid...
masjid???malam raye???
hehe...bukan ana yang pergi, tapi ana dgr laa...rmh ana dekat je dgn masjid...
nk tau ustaz tu cakap ape???
haaa...ni yg nk share nih...ustaz tu kata,"mana org??ai..malam raya macam ni pn takde org?"
lebih kurang macam tu laa...ana tak brape nk clear jugak ayat ustaz tu...mak ana yang bagitahu kat ana...
tapi dari gaya ustaz tu bercakap, macam kurang orang yg mengimarahkan masjid malam tu....
hmmm....ana pn pelik jugak, mana perginya sume org??dh laa malam raya...takkan la control lembu kot...takut lari nak kena sembelih esok...entah laaa...no komen...
realiti umat zaman sekarang...
kalau nak banding dgn masjid lain, masjid lain riuh dgn takbir...ALLAHUAKBAR!!!
tapi masjid 'ni' penuh dengan 'leteran' ustaz je...mmg patut pn ustaz 'berleter'...
kalau ana jadi ustaz pn ana naik 'fade up'...
bangunlah wahai umat....mana kalian untuk tegakkan Deen ALLAH???
sedangkan masjid berlambak2 kerajaan nak bangunkan...last2 takde yg nak imarahkan...
ana sekadar ber'tazkirah' dgn pembaca sekalian termasuk diri ana yg dhaif dan hina dina ini...
Wallahu'alam...

Monday 26 September 2011

MUTIARA HADITH

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)



Thursday 21 July 2011

Mampukah Aku...

Mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang sentiasa bersama...

dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah? isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan, tiada sukar untuk dilaksnanakan...

Mengalir air mata melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, taat dengan abunya yang sentiasa berjuang, tiada memiliki jarta dunia, layaklah dia sebagai wanita penghuni syurga...

ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah...

tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail, mengendong bayinya yang masih merah, mencari air penghilang dahaga, di terik padang pasir merah, ditinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapannya hanya pada Allah, itulah wanita bernama Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah...T_T

Friday 10 June 2011

Hakikat Melayu Kita


Cerita ketam melayu vs ketam cina
--------------------------------------------------------------------------------


Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya....

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek?
Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la....
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina.
Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.

Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri.

Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah, ke bumi tak sampai '

Wallahu'alam...=]

Monday 30 May 2011

Mendirikan Rumah ALLAH...

Bismilllahirrahmanirrahim...setelah sekian lama ana menyepikan diri...[cewahhh]...ehemmm2...
sekarang ni musim orang kawen...kawen sana, kawen sini...kad jemputan kawen merata riti di rumah ana...tatau mana satu mau pigi...hehe...wakil umi dah laa...=]

bersesuaian dengan musim ni, ana terkenang lagu in-team--Doa Seorang Kekasih...best lagu ni...sesuai laa dengan bakal2 pengantin...ana harap mereka yang bakal mendirikan masjid tuu kekal bahagia dunia & akhirat.. kalau ingin bercinta hingga ke pintu syurgaNya, kenapa mesti ada noktah di tengah jalan???betul ke x???
sesungguhnya, kita sebagai hamba hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang dan penentu...
Wallahu'alam...

Saturday 7 May 2011

Innallahama'ana...=]


Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. 
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..



 Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. 


Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. 

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. 

HIDUP INI INDAH JIKA ALLAH BERSAMA KITA.....

Friday 15 April 2011

Iktibar kisah wasiat seorang Suami

Assalamualaikum, ana nk share satu cerita.Bukan cerita ana tapi ana dapat dari laptop kakak ana. Saje nak share dgn sahabat. InsyaAllah dapat jadikan sebagai pengajarn.Selamat membaca...

Kira-Kira beberapa tahun yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al- Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: 1) Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnyaada). 2) Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira- kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya.

P/S = Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. She should be thankful... she got the forgiveness from her husband... Jadilah manusia bersyukur...

Friday 8 April 2011

Salam Ukhuwwah...

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulilllah, akhirnya ana dapat jgk peluang untuk update Fathul Firdaws...act, ana outing hari ni...so, ana singgah kat pusataka awam terengganu...layan dunia multimedia jap...hehe...japa lagi nak balik asrama semula...stakat ni, ana ok je dalam pelajaran, cuma agak letih nk kejar n c0ver mane2 sub yg trtinggal....insyaAllah sempat dgn bantuan murobbi n para sahabat...minggu depan insyaAllah balik...setakat ni sahaja coretan 'segera'...nk cepat ni...hehe..ma'assalamah...=]

Saturday 26 March 2011

Coretan Last Bulan Mac...

Ni mungkin post last untuk bulan 3 sebab ana sibuk lepas ni...es0k,pagi2 insyaAllah ana akan bertolak ke SMA(A)SZA...why???Alhamdulillah,ana dah dapat peluang untuk sambung STAM...act, ana dah dapat tawaran masa dekat PLKN lagi [Merang Suria Holiday Camp, Kump 1, Siri 8]...tapi ana tangguh dulu STAM untuk teruskan perjuangan di PLKN...kakak dan umi ana yang tolong buat surat penangguhan [thanks umi & Along]...dan Alhamdulillah 2,3 hari yang lepas, dapat panggilan dari pihak SMA(A)SZA suruh datang daftar...=]...dalam masa 2,3 hari yang ada ni jugak kakak ana siapkan baju sekolah [thanks kakcik]...es0k ana akan rasmi baju tersebut...macam2 perasaan jugak timbul...takut,exited,gembira dan sewaktu dengannya...pelajar lain mungkin dah banyak belajar sebab ana dah ketinggalan, lebih kurang 1 bulan lebih...tapi, insyaAllah ana akan cuba kejar & cover balik...s0,barang2 semua dah settle cuma tinggal buku2 je sikit lagi...untuk sahabat2 ana yang dah banyak bagi sokongan, tak kira sama ada melalui ncet, fb atau datang rumah, terima kasih banyak2...ana bersyukur dapat sahabat macam korang, insyaAllah korang selalu dalam doa ana...=]...Mungkin sampai di sini sahaja coretan last bulan 3...semoga bertemu di bulan 4 pula,biiznillah...Wallahu'alam

Thursday 24 March 2011

3 Penyesalan yang akan dialami Sekelompok MANUSIA...

Dalam beberapa ayat, al-Quran menginformasikan peristiwa masa depan yang akan dialami sekelompok manusia di akhirat kelak. Berupa ‘penyesalan’ atas rekam jejak hidupnya yang jauh dari nilai Islam selama di dunia. Ungkapan penyesalan ini diabadikan dengan ungkapan “Ya Laitani”. Penyesalan yang hanya terucap, namun tidak bisa terwujud. Karena waktu sudah terlambat.
Boleh jadi, informasi ini memberikan pelajaran bagi yang masih hidup di dunia. Agar waspada,  jangan sampai penyesalan itu dialaminya di akhirat kelak. Masih lebih baik, jika penyesalan itu terjadi di dunia. Karena di dunia, masih ada kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik. Sebaliknya, penyesalan di akhirat tidaklah berguna, kecuali neraka jahannam.
Lalu, apa sajakah penyesalan-penyesalan yang akan dialami sekelompok manusia itu?, Jawabannya adalah sebagai berikut:

Penyesalan Pertama:  Penyesalan Saat Sakaratul Maut
Sakarat bisa diartikan sebagai mabuk akal atau hilang segala-galanya. Nabi berpesan, “Perbanyaklah ingat kepada yang memutuskan kelezatan dunia, yakni kematian”. Sakaratul maut pasti benar adanya, ia akan menghampiri setiap manusia. Banyak sebab terjadinya kematian, namun cuma satu yang pasti yakni sakaratul maut. Saat peristiwa ini, bertautanlah kedua betis pelakunya karena meregang nyawa akan dahsyatnya sakaratul maut.
Saat sakaratul maut tiba, terekamlah seluruh jejak perbuatan manusia, yakni perbuatan baik dan buruk. Bila yang muncul rekaman kebaikan, pelaku tidak akan merasakan takut, bahkan menyambut bahagia, karena akan mendapatkan pahala. Namun sebaliknya, bila yang muncul rekaman keburukan, baginya dihadapkan dengan kesengsaraan yang mengerikan. Ia pun akan menyesal dan berkata “Kembalikanlah aku, supaya aku bisa beramal sholeh dan bersedekah”. Namun sayang, penyesalan ini tiada berguna, azal tidak bisa ditunda dan dimajukan. Karena itulah, akhir segalanya.

Penyesalan Kedua: Penyesalan Saat Melihat Kawan Dekat Disiksa di Neraka

Sebagai makhlus sosial, setiap insan tidak lepas             
dari pertemanan dengan orang lain. Bahkan,
karakter dan kepribadian seseorang tergantung
dari teman / lingkungan dimana ia berada.
Untuk itu, dianjurkan untuk berhati-hatilah
saat mencari teman. Agama seseorang akan
mengikuti agama teman dekatnya.
Baik buruknya pertemanan di dunia akan terekam
jelas di akhirat kelak. Pertemanan yang didasari ketaatan
dan kataqwaaan, akan memberikan bantuan / pertolongan
satu sama lain. Namun sebaliknya, pertemanan yang dijalin atas dasar kedurhakaan, akan menjadikannya permusuhan.Satu sama lain akan saling menuding sebagai penyebabmasuknya ke neraka. Kelompok manusia ini akanmenyesal dengan berkata,“Ampunilah dosa-dosa kami ya Rabb!”. Dalam QS: Azzuhruf 67, Alloh mengatakan Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”


Penyesalan Ketiga: Penyesalan Saat Diperlihatkan Buku Catatan Amal
Setiap kita, didampingi dua malaikat yang bertugas mencatat seluruh amal kita, kapan dan dimana kita berada. Catatan ini akan terekam dalam buku catatan pribadi yang akan dibagikan di akhirat kelak. Mereka yang menerima catatan dengan rekam jejak yang buruk, akan merasa kaget, terbelalak dan menyesal. Mereka berkata, Apa-apaan ini? Kenapa semua tercatat? Kok saya pernah melakukan dosa ini? Padahal saya sudah tidak ingat lagi. Mereka lupa bahwa semua  perbuatan di dunia sekecil apapun tercatat oleh Alloh SWT yang tercermin dalam catatan pribadi. Mereka pun menyesal, dan menginginkan kembali ke dunia untuk berbuat amal sholeh. Dan lagi-lagi, penyesalan ini sudah terlambat dan tiada berguna.
Bagaimana Menghindari Penyesalan Itu?
Peristiwa di atas adalah gambaran masa depan yang sudah diinformasikan kepada setiap manusia yang hidup di dunia. Pelajarannya, bagaimana agar kita tidak mengalami penyesalan itu. Solusinya, bertaubatlah selama masih diberi kesempatan hidup di dunia dan kembali ke pada ajaran islam. Orang yang hidup dalam suatu kebiasaan, maka ia akan dimatikan dalam kebiasaan itu, dan dibangkitkan dalam kebiasan itu. Jika kita membiasakan diri dalam nilai islam, maka kita akan dimatikan dan dibangkitkan dalam keadaan islam.
Begitu pun dalam mencari teman dan lingkungan, carilah yang bisa mengajak ke jalan Alloh sehingga bisa menyelamatkan diri di akhirat kelak. Selanjutnya perbanyak beramal sholeh agar catatan pribadi yang diterima kelak hasilnya baik dan menyenangkan.

Sejarah Solat Fardhu...


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR                                                                                
Manusia pertama yang
mengerjakan solat
Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.
iaitu tatkala Allah SWT
telah memerintahkan padanya
agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s..
Seruan itu datang pada
waktu tergelincir matahari,
lalu sujudlah
Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  3. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  4. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
  1. Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  2. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  3. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


 MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah                        
Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah
SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang
waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa,
lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan
dari kejahilan tersebut iaitu:
  1. Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  2. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


 ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  1. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.                                
  2. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  3. Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  4. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun




WALLAHU'ALAM...

Wednesday 23 March 2011

Sombongkah AKU???

Dalam al-Mustakhlas fi Tazkiyyat al-Anfus tulisan Syaikh Sa'id Hawwa rahimahullah, ada dinukilkan kata-kata Abu Yazid al-Bustomi rahimahullah...

                       ما دام العبد يظن أن في الخلق من هو شر منه فهو متكبر
"Selagi mana seseorang hamba menyangka ada makhluk yg lebih buruk daripadanya, maka dia ialah seorang yg takabbur; sombong..."

  • T-TAKABBUR
  • S-SOMBONG
  • R-RIA'
Dalam khidupan, kita mmg ada sifat takabbur, sombong, ria' dan sewaktu dgnnya...Pendek kata ana gelar 'TSR'...nobody is perfect..ana pegang kata2 tuu...tp x salah klau kita cuba ke arah tu...tapi, dalam kesibukan kita mengejar ke'perfect'an, mmg timbul dan terselit sifat TSR...btol x???

Mane x btol, cube cermin diri, prnah x kita dpt capai satu tahap yang mmg kita ingin dan idam2kan...lepas tu, kita banding2kan diri kita dgn org yang x smpai tahap yang kita capai...mcm mne tu???x phm???

Ok, ana bawakan satu contoh...sekadar contoh...
Ehem2...mcm ni, ada satu kisah di mana si A berjaya mndpt kputusan yang cemerlang dalam 'exam'..si B pulak just sederhana je result tapi x cmerlang mcm sahabatnya si A...si B pn sedih la..then, si A cube la pujuk si B...

si A :: rilex laa...mungkin ade hikmah, dan ada something yg laen Allah dh aturkan untuk kau..dunia kita baru  je bermula di sini..la tahzan...

si B :: insyaAllah,syukron..

Tapi dalam masa yang sama,terdetiklah dlm hati si A...

'nasib baik la result aku lg baik dr si B,Alhamdulillah...=]'

Cuba kita lihat kembali, mungkin si A telah bersyukur tapi dalam masa yg sama dia membandingkan resultnye dan sekaligus memandang rendah result si B...dia beranggapan masih ada makhluk yang lagi buruk reslt darinya...

Ana just nk share,mmg dlm hdup, kita x lepas dr fenomena ni...tapi,insyaAllah sama2 kita cuba berubah...=]
SAY NO TO TSR!!!biiznillah...(^_~)

Wednesday 16 March 2011

~AKU,WANITA,GADIS,MUSLIMAH vs SOLEHAH~



MUQODDIMAH BLOG

Assalamualaikum...
Ana baru je menjejakkan diri dalam dunia blog...sudah lama hasrat ini diukir dalam hati...ingatkan nk kuburkan je,tp x taw la macam mana Allah gerakkan hati n tangan ana hari ni [16 Mac 2011 / 10 Rabiulakhir 1432] untuk cipta FATHUL__FIRDAWS...
Alhamdulillah...ape2 pn,insyaAllah ana akan tahsin n  'full'kan FF ni dgn ilmu2, pengalaman dan macam2 lagi..tp,walau mcm mane pn, ana hanya mmpu mrancang..DIA adalh sbaik-baik perancang dan penentu...
ana hanya mendambakan taufiqillah..AMIN..=]