Jihad Fisabilillah..!!

Monday, 31 March 2014

Sakit itu Kifaarah Dosa

Bismillahirrahmanirrahim..
Sekadar Gambar Hiasan
Assalamualaikum, alhamdulillah, masih lagi bernyawa saat ini. Saat ana menarikan jari di atas keyboard netbook ni, ana alhamdulillah baru sembuh dari satu penyakit. Penyakit ini mungkin agak normal bagi sesetengah individu. namun memang tersangat asing, aneh dan ganjil apabila terjadi pada diri ana. Hmm..apa? Allah telah mentaqdirkan ana sakit masa hari Sabtu yang lepas. Paling teruk menyerang, kelmarin. Sampai tak larat nak jalan pergi kelas. Jalan sikit stop, then jalan lagi stop jap. Mengalir la jugak air mata ni. Huhu. Petang tu pergi la klinik UniSZA (actually Pusat Kesihatan UniSZA). Naik moto broom2 dengan roomate (k.yong ler)..huhu..nasib baik K.Yong ada. Dah sampai klinik tu cek dengan doc. Lepas check, baring bagai, soal selidik..then doc cakap "awak ada gastik ni"..Allah, x tahu nak percaya ke tak.."Gastrik doc?"..Doc hanya menganngguk dan tersenyum. Barangkali lucu dengan reaksi ana. Erkk..tak pernah pun kena. Kenapa tiba2? -_- Hmm...bila fikir balik, mungkin timing makan tak kena nih, buat kerja tapi lupa nak makan. Teringat pesan seorang sahabat. 'Badan kita ni lama lagi nak wakafkan untuk islam, jaga betul2 kesihatan' :( Huhu.. tengok..! Kan dah kena gastrik, tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Doc pun ada bagi ubat, tapi ana tak nak la bergantung sangat dengan ubat2 segala macam ni. Yang penting jaga waktu makan. That's very important. :) Untuk sahabat2 di luar sana, belajar2 jugak, bekerja2 jugak, berjuang pun berjuang jugak, matlamat kita pun sama je :). Tapi jangan sampai abai kesihatan. Memang sakit ni pun salah satu peringatan, kifarah jugak kepada dosa-dosa kita. Bila fikir balik pun, Allah..banyak dosa ana, mungkin bergunung. Astaghfirullah.. Sahabat2, ana yang dhaif sekadar berkongsi dan beri peringatan. Apa-apapun, sayangi tubuh badan anda! Wallahu'alam...

Monday, 3 March 2014

Allah ambik nikmat itu...

Bismillah...walhamdulillah...
Assalamualaikum sahabat sahabiah yg ana kasihi..ujian Allah tak siapa duga, petang semalam ana telah kehilangan barang yang sangat berharga (Sony Xperia J) pemberian umi & ayah..Allah..betapa sedihnya hati ini, x tahu nak lalui macam mana, tapi dalam masa yang sama ana dapat berita kakak sulong nak melahirkan, dan alhamdulillah petang tadi ana dapat panggilan (guna handfon kawan -_-) along selamat melahirkan, Alhamdulillah, ana dapat baby baru (anak sedare sulong)..kalau ikutkan macam2 masalah sebelum melahirkan, tapi bila baby dah keluar, alhamdulillah sihat ^_^...tiba2 hati kecil ni berbisik "ke Allah nak gantikan baby tu dengan handfon yg hilang tu?" sbb kalau ikutkan takde kaitan, tapi malam tadi masa nak tidur ana berniat, Ya Allah kalaulah handfon yg hilang ni dapat mengurangkan rasa sakit along melahirkan baby tu, aku redha..sampai saat ini henfon tu belum dijumpai..Allah..sedih tetap sedih, tapi bila fikir balik, tu sebenarnya bukan milik ana pun, tu nikmat yg Allah pinjamkan, jadi tak salah la kalau Allah nak tarik balik nikmatnya..mungkin ana ada buat salah dengan Allah/umi&ayah/sahabat2..Astaghfirullah, mohon doa2 dari sahabat2 ye :(...Wassalam