Jihad Fisabilillah..!!

Wednesday, 30 April 2014

Bantulah Selagi Kudrat Masih Ada

Assalamualaikum ^_^
Hari ini ada 1 peristiwa menarik yang patut dikongsi, menjadi pengajaran untuk umat sekalian. (mudah-mudahan insyaAllah)
Pagi tadi ana turun blok, nak basuh baju, pakai mesin basuh, (bukan malas basuh tangan, tapi tangan alergi sabun, huhu) Then, nampak sorang makcik yang memang biasa rutin hariannya setiap pagi, akan mengutip dan mengumpul sampah dari setiap aras blok. Ana pun senyum je la. (kadang2 bagi la salam). Dekat tangan ni berat bawak bakul besar penuh berisi baju yang sememangnya sudah lama x berbasuh (ehem..bukan malas, xdak masa, hehe). Then, turun bawah, nak masukkan duit syiling tu x cukup pulak. Ana pun naik bilik kawan, aras dua. Nampak lagi makcik tadi. Dia dah siap kumpul plastik2 sampah dari aras 5 sampai aras 2. Dalam 4/5 plastik jugak la terkumpul dekat tangga tu.
Sekadar gambar hiasan
 Ana tengok makcik tu khusyuk duk ikat plastik2 sampah tu. Ana pun masuk bilik kawan, mintak duit syiling then turun bawah balik. Masa nak turun ni pulak jumpa sorang kakak ni (tahu nama, tapi dirahsiakan). Dia nak turun tangga. Masa tu makcik tadi dah bawak turun 2 plastik. kiri dan kanan. Turun bawah. Ana tengok je sambil menyapa kakak tadi "nak gi kelas ke kak?" kakak tu senyum je. Ana pun mendahului kakak tadi tu, nak cepat turun basuh baju. Tapi...kakak tadi tu tiba2 melakukan sesuatu yang membuatkan ana malu sangat. huhuhu. Dekat sebelah tangan kakak tu pegang buku dan fail. Then, dia guna tangan sebelah lagi, tolong makcik tadi angkat plastik sampah tu turun bawah. Ana? takkan nak patah balik kot naik atas tolong angkat. -_- Rasa macam malu sangat, sedangkan masa tu dekat tangan ana tak pegang apa-apa pun. Mampu je nak tolong jugak bawak plastik sampah. Kiri dan kanan macam makcik tu buat. Allah... mana pergi sifat tolong menolong yang Nabi ajar. Ni la satu pengajaran buat ana. Walaupun tu bukan kerja kita, tapi apa salahnya kalau tolong. Kalau xada makcik tu mesti blok ni kotor dan busuk. kan? Terima kasih sgt2 dekat kakak tadi. Dia buat dakwah bil hal. 100% untuk kakak tu. Pengajaran yang cukup bermakna. Jom ikut sunnah nabi. ^_^
x