Jihad Fisabilillah..!!

Thursday, 21 July 2011

Mampukah Aku...

Mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang sentiasa bersama...

dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah? isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan, tiada sukar untuk dilaksnanakan...

Mengalir air mata melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, taat dengan abunya yang sentiasa berjuang, tiada memiliki jarta dunia, layaklah dia sebagai wanita penghuni syurga...

ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah...

tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail, mengendong bayinya yang masih merah, mencari air penghilang dahaga, di terik padang pasir merah, ditinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapannya hanya pada Allah, itulah wanita bernama Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah...T_T

Friday, 10 June 2011

Hakikat Melayu Kita


Cerita ketam melayu vs ketam cina
--------------------------------------------------------------------------------


Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya....

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek?
Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la....
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina.
Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.

Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri.

Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah, ke bumi tak sampai '

Wallahu'alam...=]

Monday, 30 May 2011

Mendirikan Rumah ALLAH...

Bismilllahirrahmanirrahim...setelah sekian lama ana menyepikan diri...[cewahhh]...ehemmm2...
sekarang ni musim orang kawen...kawen sana, kawen sini...kad jemputan kawen merata riti di rumah ana...tatau mana satu mau pigi...hehe...wakil umi dah laa...=]

bersesuaian dengan musim ni, ana terkenang lagu in-team--Doa Seorang Kekasih...best lagu ni...sesuai laa dengan bakal2 pengantin...ana harap mereka yang bakal mendirikan masjid tuu kekal bahagia dunia & akhirat.. kalau ingin bercinta hingga ke pintu syurgaNya, kenapa mesti ada noktah di tengah jalan???betul ke x???
sesungguhnya, kita sebagai hamba hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang dan penentu...
Wallahu'alam...

Saturday, 7 May 2011

Innallahama'ana...=]


Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. 
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..



 Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. 


Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. 

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. 

HIDUP INI INDAH JIKA ALLAH BERSAMA KITA.....

Friday, 15 April 2011

Iktibar kisah wasiat seorang Suami

Assalamualaikum, ana nk share satu cerita.Bukan cerita ana tapi ana dapat dari laptop kakak ana. Saje nak share dgn sahabat. InsyaAllah dapat jadikan sebagai pengajarn.Selamat membaca...

Kira-Kira beberapa tahun yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al- Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: 1) Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnyaada). 2) Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira- kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya.

P/S = Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. She should be thankful... she got the forgiveness from her husband... Jadilah manusia bersyukur...

Friday, 8 April 2011

Salam Ukhuwwah...

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulilllah, akhirnya ana dapat jgk peluang untuk update Fathul Firdaws...act, ana outing hari ni...so, ana singgah kat pusataka awam terengganu...layan dunia multimedia jap...hehe...japa lagi nak balik asrama semula...stakat ni, ana ok je dalam pelajaran, cuma agak letih nk kejar n c0ver mane2 sub yg trtinggal....insyaAllah sempat dgn bantuan murobbi n para sahabat...minggu depan insyaAllah balik...setakat ni sahaja coretan 'segera'...nk cepat ni...hehe..ma'assalamah...=]

Saturday, 26 March 2011

Coretan Last Bulan Mac...

Ni mungkin post last untuk bulan 3 sebab ana sibuk lepas ni...es0k,pagi2 insyaAllah ana akan bertolak ke SMA(A)SZA...why???Alhamdulillah,ana dah dapat peluang untuk sambung STAM...act, ana dah dapat tawaran masa dekat PLKN lagi [Merang Suria Holiday Camp, Kump 1, Siri 8]...tapi ana tangguh dulu STAM untuk teruskan perjuangan di PLKN...kakak dan umi ana yang tolong buat surat penangguhan [thanks umi & Along]...dan Alhamdulillah 2,3 hari yang lepas, dapat panggilan dari pihak SMA(A)SZA suruh datang daftar...=]...dalam masa 2,3 hari yang ada ni jugak kakak ana siapkan baju sekolah [thanks kakcik]...es0k ana akan rasmi baju tersebut...macam2 perasaan jugak timbul...takut,exited,gembira dan sewaktu dengannya...pelajar lain mungkin dah banyak belajar sebab ana dah ketinggalan, lebih kurang 1 bulan lebih...tapi, insyaAllah ana akan cuba kejar & cover balik...s0,barang2 semua dah settle cuma tinggal buku2 je sikit lagi...untuk sahabat2 ana yang dah banyak bagi sokongan, tak kira sama ada melalui ncet, fb atau datang rumah, terima kasih banyak2...ana bersyukur dapat sahabat macam korang, insyaAllah korang selalu dalam doa ana...=]...Mungkin sampai di sini sahaja coretan last bulan 3...semoga bertemu di bulan 4 pula,biiznillah...Wallahu'alam