Jihad Fisabilillah..!!

Thursday, 21 July 2011

Mampukah Aku...

Mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah, penawar hati kekasih Allah, susah dan senang sentiasa bersama...

dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah? isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan, tiada sukar untuk dilaksnanakan...

Mengalir air mata melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, taat dengan abunya yang sentiasa berjuang, tiada memiliki jarta dunia, layaklah dia sebagai wanita penghuni syurga...

ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah...

tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail, mengendong bayinya yang masih merah, mencari air penghilang dahaga, di terik padang pasir merah, ditinggalkan suami akur tanpa bantah, pengharapannya hanya pada Allah, itulah wanita bernama Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman, bersinar harum tersebar, bagai wanginya pusara Masyitah...T_T

No comments:

Post a Comment