"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
                                                                                                                        [H.R MUSLIM]
Selalu kita dengar hadis di atas...mana2 ceramah je msti ad jgk trselit...kan??persoalannya...betul ke dunia ni memang penuh dihiasi dengan 'wanita solehah'???
Jika sohih dan ada yang mengiakan ALANGKAH INDAHYA..tapi 'mereng' kot yang mengiakan tu???rabun ekh???bukalah minda...keluar dari takuk pmikiran lama...mane ade...nk sbut peratus yg tulen n origin solehah pn ana takut...berapa per sen???10%??20%?30%???sampai ke tahap tu???mcm banyak je...x masuk akal...x logik!!!
sebut je WANITA SOLEHAH...nak luruh jantung...ana??smpai ke tahap mcm tuu???huuuu...haru2...T_T...nk dpt title tu bukan senang w0ooo...mcm2 nk kena jge...kena pulak kte djadikan dgn 9 nafsu 1 akal....lagi haru...!_!...mne x haru, aci kerat jari la sape yg brjaya kawal sgala nfsu2nya yang cb0k mntak mcm2...
NAFSU 1 :: ak nk makan banyak...!
NAFSU 2 :: ak nk tidur laa...!
NAFSU 3 :: ak nk harta benda...kaye best!
NAFSU 4 :: ak nk kapel, pkwe ensyemm, cute..bla3..!
NAFSU 5 :: ak nk on9...FB,TWITTER,MY SPACE,FRENSTER,TAGGED....!
NAFSU 6 :: ak nk buat solat sunat..ikut sunnah nabi...bestnye...!
NAFSU 7 :: ak nk test buat jenayah laa...rokok ke, ragut ker, rempit ke...! 
Tu sekadar contoh je laa ana selitkan,nk letak sume??kemb0ng la jari ana menaip..trlalu byknye nafsu kite...mcm2 keinginan keluar...yg +ve ade, yg -ve pn ade...mcm2 adaa...tp ingat!!jgn salahkan nfsu pulak..!!klau ALLAH x jadikan nafsu, lagi haruuu...xde perasaan, smpaikan nk beribadah pn xde keinginan..dasyat2...ciptaan Allah tu semuanya dh smpurana...terpulang kpd kita yg mengawal...satu je pesan ana...biar kita menguasai nafsu, jgn nafsu menguasai kita...!=]
Ni ana ad something nk share..KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN WANITA...=] 
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang  yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W  akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan  doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya  seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan  orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas  tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke  rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti  bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak  lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia  memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara  perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu  daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,  maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari  mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung  di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar  baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta  menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,  siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,…  “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah  S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,  memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari  pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka  Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada  suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka  beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya  setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000  kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka  Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan  Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang  sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang  hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
Wallaualam...=]



 
=]
ReplyDeleteLIKE
ReplyDeletethanks for like :)
ReplyDelete